Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat,
Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan
bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab
pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi
lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah,
siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah
pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke
tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang
penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah
memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan
dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta
dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan
yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian
dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah
dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama
Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai
tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh karena mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang bodoh rupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.
Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan
hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku
berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah
masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu
juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah
orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya
yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah
buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga
berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu
bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke
dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu
kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang
dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Sumber :http://www.facebook.com/notes/wafiq-azizah/kisah-anak-sholeh-zaman-nabi-musa/167261319952163
Tidak ada komentar:
Posting Komentar